Lipatan

     Seni lipat kertas bukan sahaja seni purba , tetapi satu seni yang tidak memerlukan ruang yang luas dan peralatan yang banyak. Dengan hanya menggunakan kertas, gunting dan gam, kamu boleh menghasilkan pelbagai bentuk rekaan yang menarik.

     Seni lipatan kertas dianggarkan telah wujud sejak abad pertama atau ke-2 Masihi di China. Orang Jepun mula mempelajari seni ini pada abad ke-6 dan mereka menamakannya sebagai or-i-GA-mi. Perkataan itu merupakan gabungan perkataan 'ori', yang bermaksud lipatan dalam bahasa Jepun dan 'kami', yang bermaksud kertas. 

     Pada masa dahulu, kertas amat sukar didapati di Jepun. Oleh itu, hanya orang kaya yang mampu membuat kerja seni lipatan kertas. Akan tetapi, apabila kaedah pembuatan kertas yang lebih mudah berkembang, kertas menjadi murah dan senii lipatan kertas menjadi seni yang popular bagi setiap orang. 

     Orang Jepun bukanlah satu-satunyamasyarakat yang mengamalkan seni lipatan kertas. Orang Moor dari Afrika Utara juga mengamalkan seni ini. Agama mereka melarang ciptaan berupa manusia atau haiwan, oleh itu, mereka menghasilkan lipatan kertas berbentuk geometri. Mereka membawa teknik mereka ke Sepanyol semasa menjajah negara itu pada abad ke-8. Sejak itu, seni lipatan kertas berkembang ke Amerika Selatan dan seterusnya ke bahagian lain Eropah apabila jalan perdagangan mula dibuka, dan kenudiannya berkembang pula ke Amerika Syarikat. Pada Zaman Victoria England, seni ini menjadi kegiatan masa lapang yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Topi kertas, yang sama seperti topi segi empat sama yang dipakai oleh tukang kayu dalam cerita Alice Through the Looking Glass oleh Lewis Caroll telah dihasilkan.





























































































No comments:

Post a Comment