Membuat Corak Dan Rekaan

Terdapat beberapa aktiviti dalam bidang kegiatan membuat corak dan rekaan, antaranya ialah:
Corak Terancang 
1. Lipatan dan Guntingan
2. Cetakan

1. LIPATAN DAN GUNTINGAN
Anjing

Beruang

Kucing

Landak


Dinasour

Anjing

Itik

Monyet

Tikus

Ular

Harimau


Harimau

Katak


2. CETAKAN
Cetakan ialah proses yang melibatkan pembuatan tanda dan penghasilan semula tanda itu berulang kali. Tanda itu mungkin dalam bentuk, corak, gambar atau perkataan. Malah, kesan tapak kaki pada salji juga merupakan bentuk asas cetakan.
     Keperluan cetakan berkembang daripada keperluan komunikasi bertulis. Penulisan yang pertama telah wujud di Mesir lebihh 5,500 tahun yang lalu dalam bentuk kumpulan simbol pada batu bersurat tanah liat.  Apabila penulisan mula berkembang, batu bersurat digunakan untuk mencatatkan peristiwa atau menceritakan semula perkara yang berlaku. Orang Mesir Pruba menulis dengan menggunakan gambar yang dikenali sebagai hieroglif-satu gambar mewakili seluruh perkataan atau sebahagian daripadanya. Orang Yunani, Rom, Viking dan peradaban lain mempunyai cara penulisan yang tersendiri.
     Pada abad ke-9TM, orang Cina mula mengembangkan kaedah cetakan dengan menggunakan cap mohor kayu berukir. Mereka menggunakan cetakan ini untuk untuk mengecap dokumen rasmi. Kemudian, mereka menghasilkan blok kayu berukir untuk mewakili setiap karakter. 
Cetakan tradisonal masih dugunakan sehingga hari ini. Kelebihan cetakan berbanding lukisan atau catan ialah kamu dapat menghasilkan imej yang sama berulang kali dengan menggunakan blok cetakan, peralatan atau cap. Dengan cara ini, kamu dapat menghasilkan rekaan yang terperinci dengan pengulangan imej atau mencetak imej yang sama pada bahan yang berlainan. Ini menjadikan percetakan satu teknik yang amat baik jika kamu ingin mencetak banyak kad ucapan untuk rakan, mencetak corak untuk hiasan bilik tidur atau dijadikan senagai hadiah istimewa untuk ahli keluarga kamu. 
     Cetakan membolehkan kamu menghias pelbagai benda dan dengan sedikit pengalaman kamu boleh menghasilkan cetakan istimewa yang tersendiri.
Apa yang paling penting, kamu berasa seronok untuk menghasilkan cetakan sendiri.















Corak Tidak Terancang
1.Tiupan

Tajuk:
Corak Tiupan

Bahan:
warna air
kertas lukisan

Alatan:
penyedut minuman
bekas warna
berus warna

Cara-cara:
1. Warna air perlu dibancuhkan dengan air.
Pastikan bancuhan itu cair.
2. Titik di atas lukisan dan kemudian tiup degna menggunakan penyedut minuman..
3. Ulang dengan menggunakan warna-warna lain.